Pages

Tuesday, October 19, 2010

Misi Mencari Puteri Gunung Ledang





Salam semua..last weekend join Outranged Adventure Team ke Gunung Ledang. Misi kali ini adalah untuk menawan Puncak Gunung Ledang melalui trek Jementah. Terima kasih pada Amy sebab memberitahu tentang aktiviti ini. Jadi pada tarikh 15hb October jam 930pm kami semua berkumpul di KL Sentral dan bergerak ke Jementah. Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam untuk tiba. Dalam bas kami semua berdoa agar tragedi 10.10.10 tidak berlaku pada kami. Alhamdulillah segalanya selamat sampai.
16hb October jam 800am kami di beri taklimat tentang perjalanan menggunakan trek Jementah ini. Semangat membuak2 namun dihancurkan oleh guider yang mengatakan mustahil untuk tiba di Puncak Gunung Ledang. Namun dalam hatiku masih kental mengatakan kami boleh melakukannya. Perjalanan agak landai untuk tiba di Kem Jeram Air. Di sini kami meninggalkn makanan dan hanya membawa bekalan makanan tengahari dan minuman. Perjalanan di teruskan, kali ini trek agak mencanak naik..tanpa belas kasihan trek ini memberi kami. Namun segala usaha dan keringat di kerah untuk merealisasikan impian untuk ke Puncak Ledang. Tepat jam 12.30pm kami tiba di Puncak Jementah. Di sini kami menunggu barisan belakang untuk tiba, namun setelah hampir 2 jam barisan belakang masih tidak kelihatan..berita yang kami terima mereka telah berpatah pulang ke Kem Jeram Air. Hampa kami mendengarnya. Dengan langkah longlai kami turun semula ke Kem Jeram Air.
17hb October : sessi pagi macam biasa menyediakan sarapan dan berkemas untuk pulang ke halaman masing-masing. Namun dalam kesibukan mengemas , kami di kejutkan dengan kehadiran ular sawa di dalam sungai..aksi-aksi menangkap ular sawa ini berlaku agak cemas namun berjaya di tangkap. sementelah itu, ular sawa ini tiba2 menjadi popular kerana sentiasa menjadi perhatian dari ahli2 gunung ini untuk bergambar. Tepat jam 1pm kami semua pulang ke halaman masing-masing.

Walaupun tidak berjaya menawan puncak Ledang, aku berjanji akan kembali menawan Puncak Ledang ini pada suatu hari nnt.

1 comment:

blogger misteri said...

gambar kat puncak xde ke??